Friday 9 December 2011

ketakwaan

  • kunci ketaatan kepada Allah
  • hayatilah cerita Umar al-Khatab dan Ka'ab bin Malek
Umar : Apakah erti taqwa?
Ka'ab: Apakah kau pernah berjalan di satu tempat penuh berduri?
Umar : Pernah.
Ka;ab: Apakah yang engkau lakukan?
Umar : Aku singsing kainku agar tak tercarik pada duri,kemudian aku berjalan berhati-hati agar tak terpijak            
dengan mana-mana duri itu.
Ka'ab: Ketahuilah Umar,bahawa itulah sebenar taqwa.

  • Taqwa adalah rasa berhati-hati dan takut untuk ingkar pada apa sahaja larangan Allah.
  • Duri itu ibarat larangan Allah.
  • Taqwa ibarat perbuatan berhati-hati
  • Menyingsing kain kerana takut terpijak dan tercarik duri.
  1. Hanya dengan taqwa,barulah kita boleh menjalani kehidupan dengan baik.
  2. Menjalankan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang.
Persoalannya: Kita manusia.Ada dosa.Jadi pendosa tu,tak ada taqwalah ye?

Jawapannya : Semmua manusia buat dosa.Tapi orang yang bertaqwa,apabila dia berbuat salah,dia cepat-                                                     cepat bertaubat.Kalau dia ada buat silap dengan kawan,dia cepat-cepat minta maaf.